Isnin, 14 Mei 2012

JAMUAN KESYUKURAN DAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU SHARIFAH

Pada 8 Mei 2012 ( hari selasa) baru-baru ini telah diadakan satu jamuan kesyukuran dan terima kasih kepada Cikgu Sharifah Ahmad di atas khidmat bakti sebagai guru ganti kepada Cikgu Af Zainizam ( cuti bersalin). Khidmat beliau telah tamat pada 10 Mei 2012 yang lalu. GPK Pendidikan Khas,guru-guru,PPM dan seluruh warga PPKI SK Paka II mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat yang dicurahkan kepada murid PPKI SK Paka II. "Terima Kasih Cikgu Sharifah". Jasamu tetap dikenang.Program ringkas ini diadakan pada waktu rehat murid ( 10.00 pagi - 10.45 pagi). Berikut beberapa gambar yang dapat dirakamkan.
Cikgu Sha bersama Cikgu Sharifah (tengah) yang diraikan

Murid-murid PPKI menjamu selera...
Pn Arzoraini GPK 1 SK Paka II turut meraikan majlis
En Enchek Rahmat GPK HEM turut serta...
Kenangan bersama guru-guru, PPM PPKI
Terima Kasih kepada guru-guru, PPM yang menyumbang makanan dan minuman pada majlis tersebut.Semoga Allah memberkati dan melimpahkan rezeki buat kami semua. Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan