Ahad, 20 Mei 2012

RAIH DUA KEJAYAAN DALAM MTQ PERINGKAT DAERAH 2012

Tarikh           : 14 Mei 2012 (Hari Isnin)
Masa            : 8.00 Pagi
Tempat         : SMK Pulau Serai, Dungun

Cikgu Sca dan Linda sedang mendaftar peserta SK Paka II
Baru- baru ini telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas Peringkat Daerah Dungun bagi tahun 2012 bertempat di SMK Pulau Serai, Dungun. Sebanyak 21 buah sekolah dengan 22 program integrasi termasuk masalah pendengaran (SMK Sura) daerah Dungun terlibat dalam majlis tersebut. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita, Azan Subuh dan Khat Jawi ( Masalah Pendengaran Sahaja)

Adik Safwan sedang mengalunkan Azan Subuh


PPKI SK Paka II telah menghantar peserta dalam acara Hafazan (Perempuan) Junior, Bercerita Kisah Nabi (Lelaki) Junior dan Azan Subuh. Dalam MTQ Pendidikan Khas ini, PPKI SK Paka II telah meraih kejayaan  
dalam :

1. Bercerita ( Lelaki) Junior              - JOHAN
2. Hafazan (Perempuan) Junior         - JOHAN

Tahniah dan Syabas......kepada peserta dan guru-guru yang membimbing mereka.

Sabar menanti keputusan diumumkan...
Tahniah!!! Adik Nur Ainun ...Johan Hafazan Perempuan Junior

Tahniah !!! Adik Muhammad Firdaus @ Alang... Johan Bercerita Kisah Nabi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan